Pustaka Rayyan
Bacalah! Dengan Nama ALLAH Yang Menciptakan

Kunci-Kunci Rezeki

Labels:

JUDUL : Kunci-Kunci Rezeki Menurut Al-Qur'an dan As-Sunnah
KARANGAN : Syaikh Dr Fadhl Ilahi

-----------------------------------------------------------------------------------------------

KUNCI-KUNCI REZEKI

1. Istighfar dan Taubat

Memohon ampun kepada Allah dan bertaubat kepadaNya. Dan yang dimaksudkan adalah melakukan keduanya dengan perkataan dan perbuatan.

2. Taqwa

Dan hakikatnya adalah menjaga diri dari yang menyebabkan dosa atau mentaati perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya atau menjaga diri dari sesuatu yang menyebabkan siksa , baik dengan melakukan perbuatan atau meninggalkannya.

3. Tawakkal kepada Allah

Iaitu menampakkan kelemahan hamba serta bersandarkan sepenuhnya kepada Allah semata

4. Beribadah sepenuhnya kepada Allah

Iaitu bersungguh-sungguh dalam mengkonsentrasikan hati ketika beribadah kepada Allah

5. Melanjutkan Haji dengan Umrah

Maksudnya melakukan salah satunya lalu melanjutkannya dengan yang lain.

6. Silaturrahim

Iaitu berbuat baik kepada kerabat atau keliuarga terdekat

7. Infaq di jalan Allah

Iaitu menafkahkan harta atau bersedekah untuk sesuatu yang dicintai dan diredhai Allah

8. Berinfaq kepada Penuntut Ilmu Syari'e (agama) sepenuhnya

Firman Allah: "Berinfaqlah kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah, mereka tidak dapat (berusaha) di muka bumi, orang yang tidak tahu akan menyangka mereka orang kaya kerana menahan diri dari meminta-minta. Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak. Dan apa sahaja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah) , maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui" (Al-Baqarah: 273)

9. Berbuat Baik kepada orang yang lemah

Rasulullah bersabda: " Carilah (keredhaanku) melalui orang-orang yang lemah di antara kalian. Kerana sesungguhnya kalian diberi rezeki dan ditolong dengan sebab orang-orang lemah di antara kelian" (HR Ahmad, Abu Daud, At-Tirmizi, An-Nasa'i, Ibnu Hibban dan Al-Hakim)

10. Hijrah di jalan Allah

Iaitu keluar dari negeri kafir ke negeri iman untuk mencari keredhaan Allah sesuai dengan syariatnya.


--------------------------------------------------
--------------------------------------------------
0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Setiap manusia yang berjumpa dengan kebenaran, pasti tidak akan menolak kebenaran. Setiap manusia yang bermula dengan kebenaran, akhirnya akan kembali kepada kebenaran (Bob Lokman)
Sesiapa yang bertambah ilmunya sedangkan hidayahnya tidak bertambah, maka ia hanya bertambah jauh daripada rahmat Allah

Followers